Tuesday 28 June 2011

TOMYAM CAMPUR

Resepi Tomyam Campur
100g isi ayam  ( di potong kecil )
1 biji tomato & 1 paket putik jagung
100g daging (di potong kecil)
10 ekor udang ( buang kulit dan kepala)
3 ekor sotong  ( potong bulat )
1 1/2 – 2 liter air stok ayam atau daging ( satu periuk sederhana )
3 batang serai
1 inci lengkuas ( dihiris)
1 paket cendawan tiram  (250 g)
10 biji cili padi ( di tumbuk )
2 labu bawang besar ( potong baji atau potong bulat )
2 sudu makan pes tomyam
1 kiub ayam/daging ( jika suka)
2 camca teh sos ikan ( sos nampla)
1 camca teh gula ( jika suka)
daun ketumbar secukupnya
3-4 helai daun limau purut
3-4  sudu besar air limau nipis ( ikut banyak mana kuah  uols)
Cara Penyediaan
1. Didihkan air stock ayam/daging dalam periuk.
2. Masukkan isi ayam dan daging . Masak sehingga daging dan ayam empuk.
3. Masukkan pes tomyam, udang, serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi, cendawan dan bawang merah.
4. Biar mendidih masukkan stok ikan, gula, garam, jus limau, tomato dan daun ketumbar. siap angkat dan hidangkan

AYAM GORENG KUNYIT

Bahan-Bahan

  1. 2 keping dada ayam potong kecik kecik
  2. 1 sudu teh serbuk kunyit & garam
  3. 1/2 biji bawang merah (besar) ricik halus
  4. 3 biji bawang putih ricik halus
  5. 1 biji bawang besar holland potong bulat
  6. 6 biji cili padi potong dua 
  7. 4 batang kacang panjang
  8. minyak masak 
Cara - Cara
Lumurkan ayam dengan kunyit & garam perap selama 20 minit.
Panaskan kuali. goreng ayam tanpa minyak sampai warna ayam tu keemassan.
Masukkan minyak goreng ayam sampai masak lepas tu masukkan bawang merah and putih tumis sampai bawang merah layu .
masukkan kacang panjang & bawang holland goreng sampai layu.. dan bolehlah diangkat. 

Monday 27 June 2011

SOUP AYAM CENDAWAN

Wassup wassup uols... selamat hari isnin.. iols nak masuk entri sup yang iols masak semalam. tajuk dia sup ayam cendawan cik fatine pasal sup nie iols cipta sendiri.. 


Bahan - Bahan

  1. 6 ketul ayam 
  2. 1 biji bawang besar yang color merah ya 
  3. 3 biji bawang putih
  4. 1 inci halia
  5. 2 packet cendawan campur
  6. 3 biji ubi kentang
  7. 3 biji carrot
  8. bawang goreng & corriander leaves 
  9. 2 sudu besar chinese 5 spices.
Cara-Cara.
Rebus ayam sampai masak.. simpan rebusan air ayam tu.. tumbuk segala bawang dan halia. Panaskan minyak dalam periuk tumis bahan tumbuk sampai wangi..masukkan 5 chinese spices masukkan ayam gaul sampai sebati masukkan cendawan, kentang, carrot and gaul sekejap lepas tu masukkan air rebusan ayam and kiub ayam. reneh sup tu sampai semua ayam and sayur masak. perasakan dgn garam or perasa mengikut citarasa masing masing. Bila dah masak tu massukkan bawang goreng and corriander leaves tutup periuk dalam 15 minit. so aroma corriander leaves dgn bawang tu meresap dgn sup.. siap dan boleh lah dihidangkan.. sedap makan begitu sahaja or dgn garlic bread or nasi panas.. lagi vass kalau lawankan dengan sambal kicap.. selamat mencuba.

Sunday 26 June 2011

MY FAV


CHAR KUEY TEOW

Good morning uols.. and happy sunday..we have heat waves in britain and its warm and nice today..panas ala ala malaysia giteww sukee.. hmmm this morning iols made char kuey teow.. for breakfast nothing great but just gatal tangan nak masukan entry...selalunya orang buat paste char kway teow nie dulu.. tapi iols guna shortcut way just campak semua dalam kuali sekali harung.. anyway uols  selamat mencuba..


Ingredients.

  1. 1 bungkus kway teow kering ( iols rebus dgn air panas and minyak sikit bila dah lembut iols bilas dgn air sejuk hasilnya macam gambar diatas) 
  2. 2 bungkus seafood coacktail ( udang, mussel,sotong and crab cake)
  3. 1 biji bawang besar (tumbuk)
  4. 3 biji bawang putih (tumbuk)
  5. 1 bungkus fishball
  6. tauhu goreng hiris nipis ( kuantiti ikut citarasa masing2)
  7. taugeh 
  8. kuchai
  9. 3 biji cili merah 
  10. belacan sikit agak agak ye
  11. 1/2 sudu tea shrimp fat in oil ( rasa dia ala ala petis)
  12. 2 sudu besar cili kisar ( iols guna sambal oelek)
  13. 1 sudu besar kicap masin (cap kipas udang)
  14. 2 sudu besar kicap manis (cap kipas udang)
  15. 2 sudu besar oyster sauce 
  16. 1 sudu kecik minyak bijan.
  17. 2 biji telur
Cara Memasak.
Kupas semua bawang tumbuk dgn belacan sikit sampai lumat. Basuh seafood cocktail, fishball potong dua. Potong nipis tauhu goreng and potong kuchai ikut citarasa masaing masing lah ya.

Panaskan minyak dalam kuali, makesure kuali betul betul panas baru feel ala ala warung. Tumis bahan tumbuk, petis dgn cili kisar tumis sampai cili masak. masukkkan fishball , seafood cocktail tumis sampai masak lepastu masukkan telur  kacau semua bahan bagi sekata. 

Masukkan kicap masin, manis and sos tiram kacau sampai sekata lepastu masukkan kuchai & taugeh dan kacau lagi .

Bila taugeh dah layu sikit masukkan, tauhu goreng, kuey teow kacau bagi semua bahan bahan mesra perasakan dengan garam.. boleh juga tambah kan kicap ikut selera masing masing lah ye.. bila semua rasa dah perfect kacau lagi bagi bahan bahan betul betul mesra and lastly letak minyak bijan kacau sekejap.. siap. 

Boleh lah dihidangkan dalam pinggan taburkan cili merah potong dgn bawang goreng. 




Saturday 25 June 2011

ENGLISH ROASTED CHICKEN & GRAVY

Hi uols happy saturday lunch hari nie iols masak english roasted chicken.. mengkut tekak laki kekdahnya yelah hari hari makan nasi jemu gak kan.. Resepi nie iols ciplak dari Jamie Oliver.. iols kalau masak makanan omputeh  nie memang failed. Amin walaupun terkial kial memasaknye jadi uols..and laki cakap perfect.. he he he kembang mak sekejap al maklum baru belajar masak kenn.. dulu masa duduk dgn mak kat KL masak nasi pun tak pass.. sekarang alhamdullilah lah dah pandai sikit sikit.. oklah uols nie resepi nya ye..  


Bahan-Bahan.
1 ekor ayam
2 biji bawang besar yang sedang2 ya 
1 bulb garlic 
2 stick celery
4 biji kentang
2 batang carrot

olive iol secukupnya 
garam 
ground pepper
1 biji lemon
small bunch of fresh mixed herbs ya uols.. rosemary,thyme,sage and bay. 



Cara- Cara.

  1. Keluarkan ayam dari fridge 30 minit sebelum masuk oven.
  2. Pre heat kat oven 240c
  3. Sayur sayuran tak yah kupas just basuh and roughly chop
  4. Garlic bulp break kan into clove and kulit dia tak yah kopek ya 
  5. Lumurkan semua vege dgn olive oil pass tu massukkan kat dalam roasting pan 
  6. Ayam lumurkan dgn olive oil sesson kan dgn garam and pepper.. 
  7. gunakan tip of pisau cucuk lemon all over..masukkan lemon yang dah dicucuk and herbs dalam perut ayam. 
  8. letak ayam kat atas vege yang dah diletakkan kat dalam roasting pan tadi and masukkan dalam oven. reducekan heat oven ke 200c and bakar ayam tu dalam 1 jam 20 minit. 
  9. Halfway through cooking ayam tu . turnover ayam .. and kalau sayur nampak kering add splash of water kat roasted pan  untuk mengelakan sayur tadi terbakar.
Bila dah masak keluarkan ayam dari oven transfer kan ayam dari roasting pan ke board or pinggan besar and then cover dgn tin foil dgn tea towel. and bolehlah sediakn gravy ayam pulak.



  1. Panaskan 2 sudu makan minyak and 2 sudu makan butter masukkan 2 biji bawang besar yang dipotong kasar. tumis dalam 10 minit or bawang tu lembut. 
  2. masukan 1 sudu makan balsamic vinegar dgn 1 sudu makan gula tutup pan masak dalam 5 minit.
  3. masukkan 750ml beef stock, boil gently and uncover pan untuk 5 minit. 
  4. dalam heatproof jug masukkan tepung dalam 2 sudu makan  campurkan dgn air sejuk kacau sampai dia jadi thin paste. tuang sikit gravy tadi dalam jug tadi dan mix kan.. lepas tu tuang kan mixture tadi dalam pan gravy tadi. boilkan balik dalam 10 minit or sampai gravy pekat. 
Potonglah ayam tadi and serve dgn kacang pea carrot or kentang, yokshire pudding & kentang lenyek. sorry uols yokshire pudding dgn mashed potatoe iols beli yang dah ready made.. selamat  mencuba. 


Friday 24 June 2011

KARI IKAN ALA INDIA

Hai cak ??? ha nie kari ikan ala India iols.. bukan resepi iols sendiri resepi nie iols ciplak dari mat gebu.. sedap sungguh kari nie memang terror mat gebu nie kudos to him .. pada pengemar kari harus try resepi nie sedap sangat uols mak tak tipu.. ok nie resepi dia 



Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )

  • 1 Iols pakai mackerel ( resepi asal guna sekor ikan merah)
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 3 biji cili merah*(*dikisar halus)
  • 3 camca besar rempah kari ikan (Babas or alagapas very the vass but unfortunately kat England nie tak de so iols guna rempah kari madras )
  • BAHAN2 TUMIS:-
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus (kalau besar guna 1 ulas saja)
  • 4 biji bawang merah kecil, dihiris halus
  • 1 camca teh halba campur (terdiri dari halba, jintan putih/kasar dan biji sawi)
  • 2 tangkai daun kari
  • BAHAN2 LAIN:-
  • 2 keping asam gelugor
  • 5 kacang bendi 
  • 3 biji tomato, dibelah dua
  • 1/2 cawan pati santan (guna santan kotak)
  • Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
  • 2 biji cili merah/hijau, dibelah dua, jgn putus

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan, perap dgn asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan2 yg telah dikisar tadi. Gaul rata.
  2. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga wangi. Masukkan rempah yg telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api perlahan.
  3. Masukkan air (kurang lebih 700ml, atau ikut suka), dan kacau. Biar hingga mendidih. Masukkan ikan, asam gelugor dan perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
  4. Bila mendidih, masukkan pati santan, ocra, tomato dan belahan cili hijau dan merah. Biar mendidih seminit dua. Matikan api dan boleh dihidangkan panas2.

GRILLED BEEF STEAK.


Hi uols nie pulak resepi grilled beef steak.. asyik masak asian food jeur sian pulak kat laki iols sekali sekala iols masaklah gak western food. tapi iols bega bega sikit mengikut citarasa tekak iols.. english steak tak sedap uols very the tasteless .. so iols tambahkan dgn sos tiram, cili sos, tomato sos and kicap  bagi dia vass & fusion.. enjoy !!!



Grilled Steak
4 keping daging Steak
4 sudu besar sos tiram
1 sudu  besar sos cili atau sos tomato
1 sudu makan lada hitam ( di tumbuk halus)
2 ulas bawang putih ( boleh tambah  jika suka )
* Satukan semua bahan dan lumur pada daging. Simpan dalam petisejuk.  Peraplah semalaman sebelum daging dibakar.
** Semasa bakar jangan lupa renjiskan dengan sedikit olive oil  supaya tidak melekat kerana daging steak tidak banyak lemak.
 Sos lada hitam
1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam
Cara membuatnya
1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.
* Iols tambahkan cendawan butang dalam sos nie.. and for the side dishes laki iols rebuskan vege dgn kentang and sweet corn. 
Selamat mencuba!!!

SAMBAL PARU KERING

Sambal paru nie iols masak dah lama dah baru sekarang nak masuk entri.. makan dgn nasi lemak memang best.. ok uols nie resepi dia selamat mencuba 



Bahan-bahan ( 1/2 kg paru rebus )

  • 1/2kg paru rebus 
  • cili kering dalam satu genggam buang biji jika tak mahu pedas* ( iols guna sambal oelek jeur)
  • bawang besar 1 ulas*
  • bawang putih 3 biji*
  • asam keping dalam 2 keping ( iols tak letak pasal sambal oelek tu dah masam)
  • belachan sedikit sahaja*
  • bawang besar (holland) potong bulat 
  • gula  mengikut citarasa masing-masing
  • garam secukup rasa.


  1. Paru rebus tu potong in thin slices lepas tu gaulkan dgn kunyit & garam  and goreng sampai paru masak
  2. Blend bahan bahan bertanda *.
  3. Panaskan minyak tumis bahan bahan blend sampai naik bau & pecah minyak 
  4. Masukan paru & asam keping (iols tak letak) gaul sampai sebati masukkan gula, garam or pak aji mengikut citarasa. Selalu lah gaul sambal tu and bila dah nak kering masukkan bawang besar holland. biar sekejap angkat. 

STEAMED HADCOCK WITH GINGER & SPRING ONION.

Good morning uols.. iols bangun awal hari nie.. bosan tak de benda nak buat so iols update blog nie.. resepi kita hari nie ialah ikan hadcock kukus dengan halia dan daun bawang.. iols dapat resepi  nie dari tv siri come dine with me .. selamat mencuba. 


Bahan2.
Fillet ikan hadcock ( apa apa jenis pun boleh )
2 batang daun bawang
2 inci halia ricik halus
sikit kicap manis & masin cap kipas udang
1 sudu besar minyak ( apa apa jenis pun boleh )

Cara-cara
Fillet ikan masukkan dalam aluminium foil. Taburkan halia & daun bawang atas ikan tadi.. wrap kan aluminium foil tadi masukkan dalam oven 200c for about 5 to 10 min. sementara tunggu ikan tu panaskan minyak..Bila ikan dah masak transferkan ke pinggan and tuangkan minyak panas & kicap kat atas ikan tadi ..  

Thursday 23 June 2011

AYAM COCA COLA


Hi uols nielah dia rupe nye ayam coca cola iols. Laki terkentut kentut puji huh baru dia tau.. mula mula iols cakap iols nak masak ayam coca cola and suruh dia pergi kedai beli coke.. dengan muka peliknya dia cakap whot???? r u serious? Si jantan nie pergi kedai berjam jam baru balik.. menyinggah dekat pub.. angin sungguh iols..  oklah uols nie die resepi ayam coca cola enjoy !!!!



Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 6 ketul ayam iols guna peha ayam 
  • 1 batang serai (dititik)
  • 6 biji cili api (dititik - kurangkan jika tak nak pedas)
  • Iols guna setengah botol besar coke
  • Kicap Manis & Sos Tiram secukup rasa
  • 1/2 sudu makan gula
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)

Cara-cara

  1. Tumis bawang putih, cili api dan serai sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam dan tuang air coca cola. Seeloknya, air coca-cola menutupi ayam.
  3. Guna api perlahan dan biarkan merinih sehingga air coca-cola menjadi separuh. Gaul sekali sekala... If kerap sangat, ayam akan hancur.
  4. Masukkan kicap manis (anggaran dalam 1 senduk) diikuti dengan sos tiram (1/2 senduk). Gaul lagi dan masukkan gula.
  5. Biar hingga air coca cola kering. Then boleh diangkat... Makan masa panas memang best! Rasa macam ayam barbeque madu. Selamat mencuba

Wednesday 22 June 2011

SOTONG MASAK SINGGANG


Resepi sotong singgang nie resepi sebenarnya resepi daging singgang  since dalam fridge yang ada cuma sotong so iols bedal je lah jah.  Lepas  balik dari house viewing semalam iols melepak kat pub dari tengahari sampailah ke petang .. balik balik bukak peti ais ayam semua frozen.. so its out of the question and verylah the malasnye nak masak tapi perut lapor.. so masak singgang it is.. masakan nie paling senang and ringkas uols and sedap lah pulak. lawan kan dengan sambal belacan puhhhh heaven.. 
Resepi sotong singgang 
BAHAN-BAHAN
Sotong ikut suka banyak mana
5 ulas bawang merah belah 4 tapi jangan bagi putus
1 ulas bawang besar belah 6
3 ulas bawang putih diketuk
3 inci lengkuas dihiris
2 batang serai diketuk
1 inci halia diketuk
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 batang kulit kayu manis
air 2 liter untuk merebus
1 keping asam keping
cili padi
Cara penyediaan
1. Rebus sotong bersama lengkuas, kulit kayu manis, serbuk ketumbar,bawang putih dan juga asam keping. kalau air kurang tambahkan air
2. bila sotong dah masak  masukkan bawang merah, cili padi, halia, bawang besar dan serai. biarkan mereneh hingga bawang masak. masukkan secukupnya garam dan bahan perisa. angkat.. mase mereneh gunakan api slow ya

Monday 20 June 2011

MEE GORENG BASAH

Selamat pagi and selamat hari isnin uols.. Sekarang nie kat Blackpool nie masih pagi lagi 10.30am to be exact. Cuaca very the panas pulok hari nie... mat salleh 2 nie bukan main excited lagi kalau matahari keluar tengok kat tingkap banyak yang jalan kaki dok menuju ke beach.. laki kita awal awal dah pergi dah..Rumah kita dekat dengan pantai uols just few minutes away.. semenjak iols pindah sini sekali je iols gi kat pantai tu.. tak kuasa uols..buat2 nye time panas nie rentung kulit  iols yang dah sememangnye kelabu asap nie. Pagi nie iols masak mee goreng basah, bekal kan sikit kat laki sebelum dia gi beach tadi.. resepi nye senang je uols, main campak campak jeur.


Resepi Mee Goreng Basah 

  • 500-600 gm mee kuning
  • 1 keping dada ayam and sikit udang basah
  • 1/2 bawang besar(dimayang)
  • 2 ulas bawang putih(dicincang)
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap manic cap kipas udang
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 sudu kicap masin cap kipas udang
  • sawi @ kobis
  • sekeping tauhu goreng
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • garam & sedikit ajinomoto
  • minyak utk tumis bawang
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • air

Cara-cara

  1. tumis bawang dan bawang putih hingga agak garing.
  2. bancuh serbuk cili dgn air dan masukkan ke dlm kuali setelah bawang garing
  3. bile cili dah pecah minyak, masukkan ayam then, bila ayam dah masak, masukkan sos tiram, sos tomato, kicap pekat dan kicap cair.kacau rata.. masukkan 1 cawan air and udang basah .
  4. masukkan garam, ajinomoto dan gula. bile dah mendidih, masukkan tauhu dan mee. goreng rata2
  5. akhir sekali masukkan sayur2. kalo nak lebih gelap warna nya tambah kicap cair.
  6. kalo nak pedas, potong cili api dan masukkan ke dalam mee. bole juga kalo guna serbuk black pepper

Sunday 19 June 2011

MEE KARI LYTHAM ROAD

Mee kari nie iols masak dah lama dah baru je sekarang nak masuk entri.. al maklum baru buat blog.. susah payah iols round round cari bahan2 untuk mee kari nie sampai ke Manchester iols pergi .. bukannya dekat uols naik train dalam stengah jam. Apa apa pong iols puas hati dapat makan mee kari... homemade lah pulak tu yang very the bestnye 1st time i buat.. dalam seumur hidup iols tak pernah masak mee kari.. alhamdullilah jadi and sedap banget ..

Nie resepi nye uols.. 

Resepi Mee Kari Udang 
Bahan
1 kg mee kuning (celur dan toskan)
Taugeh
Bawang goreng
Udang Rebus & pedal ayam goreng 

Bahan Hiris atau dipotong
Tauhu (di goreng)
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Telur Rebus


Bahan Kuah:
1 paket fishball ball
2 sudu besar cili kisar – ( iols ganti ngan 2 sudu makan serbuk cili kmd di campur dgn serbuk kari )
1 kiub ayam 
3 sudu besar rempah kari dibancuh dgn sedikit air
5 cawan santan..(1 biji kelapa)
2  keping asam gelugur ( ikut saiz )
minyak
garam
daun kari sikit
Bahan kisar
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1/2 cawan udang kering ( di rendam )
Cara Penyediaan Kuah
1. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah..biarkan naik minyak.
2. Masukkan kerang.. fish cake, udang kisar dan fish ball, stok udang dan santan..renehkan sehingga naik minyak.
3. Kacau selalu dan dan sesuaikan rasa.
4. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.

RAMADHAN IN UK

KERISIK PERANTAU

Ibarat orang merantau tak semestinya semua makanan melayu yang kita nak makan terletak kat depan mata.. terpaksa lah ada initiative and creative untuk membuat masakan melayu itewww... hari tu iols ada terjumpa resepi kerisik kat internet dan tersangat lah simple untuk membuatnye..apalagi terus lagi iols masak rendang furthermore cik abe suka lah sangat makan rendang nie.  Just for sharing manalah tau kalau uols jadi perantau esok lusa and nak makan rendang or pajeri.. kenn..

Cara2 Membuat Kerisik Perantau 
1 kotak coconut cream dalam kotak tu masukkan kat dalam mangkuk masukkan dalam microwave untuk 1 minit lepastu keluarkan and then kacau rata.. lepastu masukkan balik daam microwave 2 minit kelluarkan and kacau rata.. repeat process sampai dapat kegaringan yang uols suka.. 

Vass tak apartment nie???

Selasa nie iols nak gie house viewing kat apartment nie ..vass kan very the english.. insyaallah harap harap dapat.. kalau tak makan hati mak. 

Asam Rebus Ikan Masin & Kacang Panjang

Resepi and menu nie very the kemp kan but taste very ya allah heaven sungguh.. teringat iols masa kecik kecik dulu kalau mak iols malas nak masak or tak de lauk dia selalu masak asam rebus nie. tapi seingat iols tak pernah lah pulok dia masak asam rebus guna ikan masin selalunya dia guna ikan selar or ikan kembung..iols dapat resepi nie dari internet tapi iols bega sikit kasi rasa lagi vasss.. iols letak belacan resepi asal tak de belacan .
To b honest kalau makan menu cam gini kawankan dengan sambal belacan very the heaven ..makan sampai tak hengat dunia boleh sampai 2 3 kali tambah .. oklah uols nie resepi dia.  



Resepi Asam rebus kacang panjang dengan ikan masin
  • Kacang panjang secukupnya -patah2kan
  • 4-6 ekor ikan masin ( apa2 jenis pun boleh )
  • asam gelugur
  • sedikit gula
  • serbuk perasa jika suka
Bahan kisar
  • 5-10 biji cili kering ( di rendam ) – boleh tambah
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan
  • 1/2 inci kunyit
Cara penyediaan
1. Satukan ikan masin bahan kisar, air secukupnya untuk kuah, asam gelugur dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan sayur kacang panjang tadi masak hingga layu.
3. Sesuaikan rasa bolehlah diangkat.
Enjoy!!


Beef Steak Pie.

Resepi nie mak try few days back since baru creat blog ala ala teruja nak masukkan semua resepi.. sambil sambil lepak kat lounge tengok coronation street mak mem bz kan diri masukkan resepi kat blog ni haaa. Nie first attempt buat pie nie tak pernah mak buat resepi omputeh nie sebelum nie.. nie pun laki yang ajar..ok uols nie resepi dia very the leceh nak membuatnya tapi hasilnya vazzz.. 


1.  700 gm stew beef steak .. uols potong dalam 2 cm 
2.  2 sudu makan tepung  normal flour lah ye
3.  2 sudu makan olive oil  
4.  250 cendawan butang ( potong ikut suka )
5.  1 biji bawang besar ( bawang  yang warna kuning tuh, orang cakap bawang holland)
6.  2 biji crushed garlic 
7.  1 sudu teh chopped fresh rsemary ( nama melayu nye mak tak tau so uols panadai 2 lah mengoogle nye ya)
8.  375ml beef stock ( dalam 1 ke 1/2 cawan )
9.  2 sudu makan tomato paste or tomato puree

10.4 helai ready made pastry ( mak beli kat supermarket jeur).
11. Telur sebiji pukul ya 

Cara- Cara
1. Letakkan daging yang dah dipotong dalam mangkuk besar taburkan tepung seassonkan dengan garam & pepper and toss to coat


2. Panaskan 1 sudu makan olive oil dalam pan in medium heat masukkan setengah dari daging kacau selalu dalam 5 minit or sampai browned, transfer ke pinggan repeat the remaining oil & beef . Preheat the pan between batches ya.



3.Minyak lebih goreng tadi bia dalam pan, kalau rasa tak cukup minyak boleh tmabah lagi 1 sudu makan olive oil . Masukkan cendawan, bawang, garlic and rosemary  tumis sampai bawang lembut and then masukkan  beef,tomato paste and beef stock bring to simmer in low heat for 1 hour masa simmer tu tutup kuali tu ya. Lepas sejam bukak tutup kuali kacau selalu for about 30 minit or sampai beef tu tender. Rasakan dengan garam and pepper or pak aji kalau suka .. bila dah masak set aside beef tu sejukkan in room temperature lepas tu transferkan beef dalam mangkuk cover dengan plastic wrap or aluminium foil sejukkan dalam freezer dalam 2 jam.





4. Prehaet oven 210c. Potong ready made pastrt ikut size pie tin letakkan 2 layer as a base lepas tu masukkan beef mixture dalam tin pie.. lepas tu tutupkan pie tu dgn 2 layer pastry beruskan telur at each edge of the pastry and lekatkan dgn tekan fork . Lastly berushkan the remaining of the telur tu to all over pastry. massukkan pastry dalam baking tray bakar for 30 minit or sampai golden or puffy.. selamat mencuba..