Monday, 20 June 2011

MEE GORENG BASAH

Selamat pagi and selamat hari isnin uols.. Sekarang nie kat Blackpool nie masih pagi lagi 10.30am to be exact. Cuaca very the panas pulok hari nie... mat salleh 2 nie bukan main excited lagi kalau matahari keluar tengok kat tingkap banyak yang jalan kaki dok menuju ke beach.. laki kita awal awal dah pergi dah..Rumah kita dekat dengan pantai uols just few minutes away.. semenjak iols pindah sini sekali je iols gi kat pantai tu.. tak kuasa uols..buat2 nye time panas nie rentung kulit  iols yang dah sememangnye kelabu asap nie. Pagi nie iols masak mee goreng basah, bekal kan sikit kat laki sebelum dia gi beach tadi.. resepi nye senang je uols, main campak campak jeur.


Resepi Mee Goreng Basah 

  • 500-600 gm mee kuning
  • 1 keping dada ayam and sikit udang basah
  • 1/2 bawang besar(dimayang)
  • 2 ulas bawang putih(dicincang)
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap manic cap kipas udang
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 sudu kicap masin cap kipas udang
  • sawi @ kobis
  • sekeping tauhu goreng
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • garam & sedikit ajinomoto
  • minyak utk tumis bawang
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • air

Cara-cara

  1. tumis bawang dan bawang putih hingga agak garing.
  2. bancuh serbuk cili dgn air dan masukkan ke dlm kuali setelah bawang garing
  3. bile cili dah pecah minyak, masukkan ayam then, bila ayam dah masak, masukkan sos tiram, sos tomato, kicap pekat dan kicap cair.kacau rata.. masukkan 1 cawan air and udang basah .
  4. masukkan garam, ajinomoto dan gula. bile dah mendidih, masukkan tauhu dan mee. goreng rata2
  5. akhir sekali masukkan sayur2. kalo nak lebih gelap warna nya tambah kicap cair.
  6. kalo nak pedas, potong cili api dan masukkan ke dalam mee. bole juga kalo guna serbuk black pepper

Sunday, 19 June 2011

MEE KARI LYTHAM ROAD

Mee kari nie iols masak dah lama dah baru je sekarang nak masuk entri.. al maklum baru buat blog.. susah payah iols round round cari bahan2 untuk mee kari nie sampai ke Manchester iols pergi .. bukannya dekat uols naik train dalam stengah jam. Apa apa pong iols puas hati dapat makan mee kari... homemade lah pulak tu yang very the bestnye 1st time i buat.. dalam seumur hidup iols tak pernah masak mee kari.. alhamdullilah jadi and sedap banget ..

Nie resepi nye uols.. 

Resepi Mee Kari Udang 
Bahan
1 kg mee kuning (celur dan toskan)
Taugeh
Bawang goreng
Udang Rebus & pedal ayam goreng 

Bahan Hiris atau dipotong
Tauhu (di goreng)
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Telur Rebus


Bahan Kuah:
1 paket fishball ball
2 sudu besar cili kisar – ( iols ganti ngan 2 sudu makan serbuk cili kmd di campur dgn serbuk kari )
1 kiub ayam 
3 sudu besar rempah kari dibancuh dgn sedikit air
5 cawan santan..(1 biji kelapa)
2  keping asam gelugur ( ikut saiz )
minyak
garam
daun kari sikit
Bahan kisar
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1/2 cawan udang kering ( di rendam )
Cara Penyediaan Kuah
1. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah..biarkan naik minyak.
2. Masukkan kerang.. fish cake, udang kisar dan fish ball, stok udang dan santan..renehkan sehingga naik minyak.
3. Kacau selalu dan dan sesuaikan rasa.
4. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.

RAMADHAN IN UK

KERISIK PERANTAU

Ibarat orang merantau tak semestinya semua makanan melayu yang kita nak makan terletak kat depan mata.. terpaksa lah ada initiative and creative untuk membuat masakan melayu itewww... hari tu iols ada terjumpa resepi kerisik kat internet dan tersangat lah simple untuk membuatnye..apalagi terus lagi iols masak rendang furthermore cik abe suka lah sangat makan rendang nie.  Just for sharing manalah tau kalau uols jadi perantau esok lusa and nak makan rendang or pajeri.. kenn..

Cara2 Membuat Kerisik Perantau 
1 kotak coconut cream dalam kotak tu masukkan kat dalam mangkuk masukkan dalam microwave untuk 1 minit lepastu keluarkan and then kacau rata.. lepastu masukkan balik daam microwave 2 minit kelluarkan and kacau rata.. repeat process sampai dapat kegaringan yang uols suka.. 

Vass tak apartment nie???

Selasa nie iols nak gie house viewing kat apartment nie ..vass kan very the english.. insyaallah harap harap dapat.. kalau tak makan hati mak. 

Asam Rebus Ikan Masin & Kacang Panjang

Resepi and menu nie very the kemp kan but taste very ya allah heaven sungguh.. teringat iols masa kecik kecik dulu kalau mak iols malas nak masak or tak de lauk dia selalu masak asam rebus nie. tapi seingat iols tak pernah lah pulok dia masak asam rebus guna ikan masin selalunya dia guna ikan selar or ikan kembung..iols dapat resepi nie dari internet tapi iols bega sikit kasi rasa lagi vasss.. iols letak belacan resepi asal tak de belacan .
To b honest kalau makan menu cam gini kawankan dengan sambal belacan very the heaven ..makan sampai tak hengat dunia boleh sampai 2 3 kali tambah .. oklah uols nie resepi dia.  



Resepi Asam rebus kacang panjang dengan ikan masin
  • Kacang panjang secukupnya -patah2kan
  • 4-6 ekor ikan masin ( apa2 jenis pun boleh )
  • asam gelugur
  • sedikit gula
  • serbuk perasa jika suka
Bahan kisar
  • 5-10 biji cili kering ( di rendam ) – boleh tambah
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan
  • 1/2 inci kunyit
Cara penyediaan
1. Satukan ikan masin bahan kisar, air secukupnya untuk kuah, asam gelugur dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan sayur kacang panjang tadi masak hingga layu.
3. Sesuaikan rasa bolehlah diangkat.
Enjoy!!


Beef Steak Pie.

Resepi nie mak try few days back since baru creat blog ala ala teruja nak masukkan semua resepi.. sambil sambil lepak kat lounge tengok coronation street mak mem bz kan diri masukkan resepi kat blog ni haaa. Nie first attempt buat pie nie tak pernah mak buat resepi omputeh nie sebelum nie.. nie pun laki yang ajar..ok uols nie resepi dia very the leceh nak membuatnya tapi hasilnya vazzz.. 


‎1.  700 gm stew beef steak .. uols potong dalam 2 cm 
2.  2 sudu makan tepung  normal flour lah ye
3.  2 sudu makan olive oil  
4.  250 cendawan butang ( potong ikut suka )
5.  1 biji bawang besar ( bawang  yang warna kuning tuh, orang cakap bawang holland)
6.  2 biji crushed garlic 
7.  1 sudu teh chopped fresh rsemary ( nama melayu nye mak tak tau so uols panadai 2 lah mengoogle nye ya)
8.  375ml beef stock ( dalam 1 ke 1/2 cawan )
9.  2 sudu makan tomato paste or tomato puree

10.4 helai ready made pastry ( mak beli kat supermarket jeur).
11. Telur sebiji pukul ya 

Cara- Cara
1. Letakkan daging yang dah dipotong dalam mangkuk besar taburkan tepung seassonkan dengan garam & pepper and toss to coat


2. Panaskan 1 sudu makan olive oil dalam pan in medium heat masukkan setengah dari daging kacau selalu dalam 5 minit or sampai browned, transfer ke pinggan repeat the remaining oil & beef . Preheat the pan between batches ya.



3.Minyak lebih goreng tadi bia dalam pan, kalau rasa tak cukup minyak boleh tmabah lagi 1 sudu makan olive oil . Masukkan cendawan, bawang, garlic and rosemary  tumis sampai bawang lembut and then masukkan  beef,tomato paste and beef stock bring to simmer in low heat for 1 hour masa simmer tu tutup kuali tu ya. Lepas sejam bukak tutup kuali kacau selalu for about 30 minit or sampai beef tu tender. Rasakan dengan garam and pepper or pak aji kalau suka .. bila dah masak set aside beef tu sejukkan in room temperature lepas tu transferkan beef dalam mangkuk cover dengan plastic wrap or aluminium foil sejukkan dalam freezer dalam 2 jam.





4. Prehaet oven 210c. Potong ready made pastrt ikut size pie tin letakkan 2 layer as a base lepas tu masukkan beef mixture dalam tin pie.. lepas tu tutupkan pie tu dgn 2 layer pastry beruskan telur at each edge of the pastry and lekatkan dgn tekan fork . Lastly berushkan the remaining of the telur tu to all over pastry. massukkan pastry dalam baking tray bakar for 30 minit or sampai golden or puffy.. selamat mencuba..