Sunday, 19 June 2011

Sambal Udang Petai

Hari nie fathers day sedihlah abah dah tak ada lagi.. pagi2 dah bangun dah  kemas rumah sental toilet bagai.. laki masih berdengkur lagi buang tebiat semalam pukul 3 baru tidur orang tua tu. mak awal awal dah membuta dah lepas makan malam terus zzzzzz.. Lepas kemas rumah perut rasa lapor lah pulak.. dulu kalau kat rumah kalau hari ahad mak iols selalu masak nasi lemak halba.. so hari nie iols nak try masak nasi lemak halba dgn sambal udang petai.. sat lagi kalau mat salleh sekor tu bangun kalau nak makan makan kalau tak nak sudeh... ada aku kesah jah .

Nie resepi sambal petai udang uols tak lah special sangat main campak campak jeur  but yang penting vazzz uols..

Bahan2 ( untuk 4 ke 5 orang)

  • 20 biji cli kering.. boleh tambah or kurang kan ikut tekak masing masing lah yea 
  • 1 biji bawang besar yang merah tu ye uols 
  • 2 ulas bawang putih
  • Udang segar ikut keperluan lah yea & belacan sikit ya uols
  • Air asam jawa dalam 1/2 cawan ke 1 cawan ( agak agaklah yea )
  • Minyak untuk menumis, gula & garam 
  • Kalau suka boleh letak petai kalau tak suka pun tak pe 
  • I labu bawang besar ( holland ) hiris 

CARA-CARA

  1. Blend bawang putih, merah & cili kering ( cili kering sebelum blend rendam dalam air panas dulu ek) & tak lupa cik belacan kita .. Blend sampai hanceur ye uols
  2. Panaskan minyak bila dah panas masukkan bahan blend
  3. Tumis sehingga garing dan naik minyak, masukkan udang,gula,garam... lebihkan gula untuk mendapatkan rasa yang lebih manis
  4. Masukkan petai 
  5. Masukkan air asam... biarkaln mengelegak and masukkan bawang besar yang telah di hiris ...tunggu sampai sambal naik minyak & pekat ..( kepekatan ikut suka)
  6. Hidangkan 

3 comments:

  1. COngratulations with the new blog ;) looking forward for recipes updates ;)hehehe..slalu tgk kat FB je, now better coz u're gonna put the recipe kan ;)

    ReplyDelete
  2. Thank you dear..yeah you will see more.

    ReplyDelete