Tuesday, 26 July 2011

KARI IKAN SIMPLE

Hari nie iols nak makan roti canai so iols masaklah kari nie.. simple jeur cara memasaknye main campak campak jeur.. kalau tak puas makan roti canai sat lagi sebelum tidur boleh bedal kari nie dgn nasi pulak. lagi 5 hari nak puasakan so makanlah banyak-banyak.. bila puasa nanti iols nak amik berkat bulan puasa nak diet giler giler.. nak bagi badan kerempeng balik.. so by winter boleh lah iols pasang badan.


Bahan-Bahan

  1. 5 ekor ikan selar kuning.. or nak guna ikan lain pun boleh, belasah jeur
  2. 1 biji bawang besar yang warna kuning (blend)
  3. 3 biji bawang kecil... iols tak de stock so iols guna 1 biji bawang merah besar. (blend)
  4. 1 inci halia  (blend)
  5. daun kari ikut suka lah nak banyak mana ek
  6. 4 sudu makan rempah kari & 1 sudu makan serbuk cili campurkan dgn air dan buat paste
  7. 1 tin santan
  8. 2 biji buat tomato
  9. 2 biji cili merah potong dua 
  10. 2 keping asam keping 
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak, tumis bahan bahan blend sampai naik bauu.
  2. Masukkan daun kari tumis sekejap lepas tu masukkan kari paste kacau seketika.
  3. Masukkan santan ikan and asam keping 
  4. Reneh sampai ikan masak and sentiasa kacau untuk santan tadi tak berketul
  5. Masukkan tomato and cili.. perasakn dgn garam, gula or pak aji mengikut citarasa masing masing .
  6. Bila rasa semua dah cukup masukkan 1 sudu makan kari  & 1 sudu makan serbuk cili.. untuk buatkan kari tu lebih pedas dan umpphh.. kalau tak suka pedas tak yah letak lah ye. Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment