Dari bahan bahan asas. kita boleh merubahnya ke pelbagai rupa dan rasa..inilah keunikan dunia masakan.
Saturday, 16 July 2011
IKAN BILIS TUMIS TEMPOYAK
Lama sungguh tempoyak nie ada dalam peti ais.. iols pulak baru balik dari east midlands and borong semua ikan bilis.. kat blackpool nie sanggap tak de jual ikan bilis.. apa lagi masak sambal tempoyak lah kita..
Bahan-bahan ( 2 orang makan )
1 genggam ikan bilis digoreng dahulu (ikut suka, tak nak goreng pun tak per)
*10-15 biji cili padi
*0.5cm kunyit hidup
Sebatang serai dititik
Sehelai daun kunyit dihiris
Sedikit minyak utk menumis
Sedikit garam
Tempoyak secukupnya (suka ati nak boh baper byk)
Cara-cara
Tumbuk lumat kunyit hidup, di ikuti dgn cili padi, cili tu tak berapa lumat pun tak per
Panaskan sedikit minyak dlm kuali, kemudian tumiskan bhn2 tumbuk, masakkan sedikit cili, org2 tua kata matikan cili.
Kemudian masukkan tempoyak, daun kunyit hiris dan serai. Kacau. Taburkan garam, kena igt sket kwn2, kekadang ikan bilis dah masin, so agak2 ler ek.
Selepas 3 minit, agak2 bau semua dah naik, barulah masukkan ikan bilis. Gaulkan, tutup api. Boleh ler di hidang.
Kalo tempoyak tu agak2 tak masam, masa menumis tadi boleh ler ditambahkan asam keping, barang sekeping dua ya.
No comments:
Post a Comment