Sambal paru nie iols masak dah lama dah baru sekarang nak masuk entri.. makan dgn nasi lemak memang best.. ok uols nie resepi dia selamat mencuba
Bahan-bahan ( 1/2 kg paru rebus )
- 1/2kg paru rebus
- cili kering dalam satu genggam buang biji jika tak mahu pedas* ( iols guna sambal oelek jeur)
- bawang besar 1 ulas*
- bawang putih 3 biji*
- asam keping dalam 2 keping ( iols tak letak pasal sambal oelek tu dah masam)
- belachan sedikit sahaja*
- bawang besar (holland) potong bulat
- gula mengikut citarasa masing-masing
- garam secukup rasa.
- Paru rebus tu potong in thin slices lepas tu gaulkan dgn kunyit & garam and goreng sampai paru masak
- Blend bahan bahan bertanda *.
- Panaskan minyak tumis bahan bahan blend sampai naik bau & pecah minyak
- Masukan paru & asam keping (iols tak letak) gaul sampai sebati masukkan gula, garam or pak aji mengikut citarasa. Selalu lah gaul sambal tu and bila dah nak kering masukkan bawang besar holland. biar sekejap angkat.
Belum rasa lagi dah kecur air liur Kak G.
ReplyDelete