Saturday, 16 July 2011

SAMBAL TUMIS NASI LEMAK

BAHAN-BAHAN

  1. 20 biji cili kering blend kan dengan 2 biji bawang besar (holland). Iols gunakan banyak bawang besar untuk kurangkan rasa pedas and bawang besar nie memberikan rasa manis semulajadi.
  2. 3 biji bawang merah, 2 biji bawang putih, 1 sudu teh belacan. iols tumbuk semua bahan.
  3. 1 biji bawang besar (holland) potong bulat.
  4. Asam keping dalam 2 ke 3 keping.. boleh juga guna air asam jawa.. mengikut citarasa masing masing lah ye.. iols kalau bab guna asam jawa nie fail sikit selalu nye termasam tu sebab guna asam keping tu.. anyway rasa dia sama gak 
  5. 1 gengam ikan bilis.. goreng kan dulu ikan bilis nie ye.. jgn sampai terlalu garing pulak nanti pahit sambal uols nanti goreng manja-manja jeur. 
CARA-CARA
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan bahan tumbuk dgn cili blend.. tumis sampai naik minyak..makesure cili betul betul masak baru sedap sambal kita nanti.
  2. Masukkan bawang besar potong dan asam keping kacau sampai sekata lepas tu masukkan air sikit supaya sambal tu tak pekat sangat.
  3. Bila sambal mengelegak masukkan ikan bilis gaul sampai sekata lepas tu perasakan dgn garam. gula dan kalau suka letak pak aji sikit. Bila taruk garam tu agak agak lah sikit ya pasal ikan bilis tadi tu dah masin.. kacau semua sampai sebati rasa dia dan boleh lah dihidangkan..Selamat mencuba.

IKAN BILIS TUMIS TEMPOYAK


Lama sungguh tempoyak nie ada dalam peti ais.. iols pulak baru balik dari east midlands and borong semua ikan bilis.. kat blackpool nie sanggap tak de jual ikan bilis.. apa lagi masak sambal tempoyak lah kita.. 


Bahan-bahan ( 2 orang makan )


  • 1 genggam ikan bilis digoreng dahulu (ikut suka, tak nak goreng pun tak per)
  • *10-15 biji cili padi
  • *0.5cm kunyit hidup
  • Sebatang serai dititik
  • Sehelai daun kunyit dihiris
  • Sedikit minyak utk menumis
  • Sedikit garam
  • Tempoyak secukupnya (suka ati nak boh baper byk)

Cara-cara

  1. Tumbuk lumat kunyit hidup, di ikuti dgn cili padi, cili tu tak berapa lumat pun tak per
  2. Panaskan sedikit minyak dlm kuali, kemudian tumiskan bhn2 tumbuk, masakkan sedikit cili, org2 tua kata matikan cili.
  3. Kemudian masukkan tempoyak, daun kunyit hiris dan serai. Kacau. Taburkan garam, kena igt sket kwn2, kekadang ikan bilis dah masin, so agak2 ler ek.
  4. Selepas 3 minit, agak2 bau semua dah naik, barulah masukkan ikan bilis. Gaulkan, tutup api. Boleh ler di hidang.
  5. Kalo tempoyak tu agak2 tak masam, masa menumis tadi boleh ler ditambahkan asam keping, barang sekeping dua ya.

Thursday, 14 July 2011

PARK CHOY GORENG BELACAN

Bahan-Bahan

  1. 3 pokok sayur park choy. Potong batang dan pucuk.
  2. 2 biji bawang merah kecil (tumbuk)
  3. 1 biji bawang putih (tumbuk)
  4. 1 biji cili merah (tumbuk)
  5. 1 gengam ikan bilis or udang kering (tumbuk)
  6. 1 sudu serbuk cili.
  7. Udang basah ikut suka banyak mana 
  8. 1 sudu teh belacan (tumbuk)
Cara - Cara
Tumis bahan bahan tumbuk sampai naik bau.. lepastu masukkan serbuk cili tumis sekejap masukkan udang dan batang park choi biar sekejap sampai batang park choy layu.. kalau nak berkuah letak sikit air and lastly masukkan pucuk park choy kacau sekejap.. masukkan garam dan perasa mengikut citarasa.. bila letak garam agak agak lah ye.. pasal ikan bilis tadi dah masin. 

AYAM MASAK MERAH

Bahan - Bahan

  1. 4 ketul ayam. Gaulkan dengan kunyit & garam.. goreng 2/3 masak 
  2. 1 biji bawang merah besar ( tumbuk)
  3. 3 biji bawang putih ( tumbuk )
  4. 1 inci halia ( tumbuk )
  5. 1 batang serai ( ketuk )
  6. 1 biji tomato potong dadu 
  7. 1 biji bawang besar holland ( potong dadu )
  8. 2 sudu besar sos tomato
  9. 1 sudu besar sos cili 
  10. 1 sudu teh serbuk cili 
  11. 3 sudu besar kacang pea. 
Cara- Cara
  1. Panaskan minyak masukkan bahan-bahan tumbuk ( bawang merah, bawamg putih, halia) and serai ketuk dan serbuk cili. Tumis sampai naik bau.
  2. Masukkan sos & buat tomato tumis sampai pecah minyak,, masukkan ayam tumis sampai kuah kering
  3. Masukkan garam, gula, perasa mengikut citarasa masing masing and masukkan bawang besar holland dan kacang pea biarkan dalam 1 ke 2 minit dan bolehlah tutup api.

Tuesday, 5 July 2011

CHICKEN COKE

Ingredients

  1. 4pcs chicken wing or other parts of chicken up to individual preferences
  2. 1 stick lemon grass ( crushed)
  3. 2 pcs eyebird cili (crushed)
  4. 1 tin coke
  5. 2tbsp sweet soya sauce
  6. 1tbsp oyster sauce
  7. 1 tea spoon sugar
  8. 1tbsp cooking oil
  9. 1 clove garlic (crushed)
Methods
  1. Heat the oil put garlic and lemongrass fry till fragrance
  2. Put the chicken in and stir for a bit
  3. Pour the coke in make sure liquid cover the chicken 
  4. Simmer in a low heat.
  5. Once the coke reduce into half put in soya sauce, oyster sauce and sugar.
  6. Stir well ( stir very occasinally to avoid chicken from breaking)
  7. reduce till all the liquid dry and serve. 

Saturday, 2 July 2011

PAELLA UDANG & AYAM

Asyik masak melayu jeur boring jugak kan.. haaa uols nie resepi spanish lak..resepi asal ada letak chorizo but iols tak letak pasal chorizo tu pork sausage.  selamat mencuba.


bahan-bahan

  1. 1 sudu makan olive oil
  2. 1 biji bawang besar (hiris halus)
  3. 4 biji bawang putih (hiris halus)
  4. 1 biji red paper buang biji and potong dadu
  5. 4 biji tomato buang biji and potong dadu 
  6. 1 gengam kacang pea yang fresh punya ya
  7. 1 cubit safron
  8. 1 sudu makan smoked paprika
  9. 1 sudu makan sweet paprika
  10. 250g beras ( long grain)
  11. 500ml chicken stock 
  12. 260g pack chargrilled chicken brest potong kecik-kecik)
  13. 1 paket king prawn 
  14. 1 gengam daun parsley chopped finely.
Cara-cara
  1. Heat olive oil dalam prying pan, tumis bawang dalam 10 minit or sampai lembut
  2. Masukkan paprika, safron, tomato dgn pepper tumis for few minutes, lepas tu masukkan beras long grain ( makesure uols basulah dulu ya) perasakan dgn garam and pak aji kalau suka.. masukkan chicken stock. simmer or masak for 10 minit.. kacau selalu. 
  3. masukkan kacang pea, ayam, and udang and masak for further 5 ke 10 minit or sampai beras masak & air kering.. taburkan daun parsley.. perahkan lemon sebelum serve.. selamat mencuba




RESEPI READYMADE BRAHIM ASAM PEDAS AYAM

Selalunya kalau kita masak pakai yang readymade paste rasanya mesti macam tak cukup bahan or kureng vass.. so uols hari nie iols kasi resepi macammana nak menyedapkan lagi readymade paste jenama Brahims ( on the packet dia cakap just for ikan but iols masak dgn ayam and rasanya very vass setelah iols bega bega sikit resepi nie. 


Bahan Bahan

  1. Ayam potong 8 & 1 kiub ayam 
  2. Asam pedas paste brand Brahim 2 paket
  3. 1 biji bawang besar
  4. 3 biji bawang putih
  5. 2 batang serai 
  6. 1 sudu makan cili mesin or cili boh ( iols pakai sambal oelek)
  7. 10 helai kaffir lime leaves.
  8. sikit serbuk kunyit & 1 sudu teh belacan
Cara-cara
Hiris bawang besar and bawang putih. Ketuk serai. Panaskan 1 sudu minyak tumis bawang, serai and 5 helai daun limau,tumis sampai wangi lepas tu masukkan belacan & masukkan cili tumis sampai cili masak and then masukkan paste asam pedas tumis sampai naik minyak. Masukkan ayam gaul sampai sebati lepas tu masukkan air.. kuantiti air ikut suka masing masing lah ya kalau nak banyak kuah letak lebih air kalau tak kurangkan lah air tu. Lastly masukkan  lagi 5 helai daun limau and kunyit and kiub ayam.. kacau sampai sebati. reneh sampai mengelegak and bolehlah perasakan dgn garam. gula or pak aji mengikut cita rasa.