Saturday 16 July 2011

IKAN BILIS TUMIS TEMPOYAK


Lama sungguh tempoyak nie ada dalam peti ais.. iols pulak baru balik dari east midlands and borong semua ikan bilis.. kat blackpool nie sanggap tak de jual ikan bilis.. apa lagi masak sambal tempoyak lah kita.. 


Bahan-bahan ( 2 orang makan )


  • 1 genggam ikan bilis digoreng dahulu (ikut suka, tak nak goreng pun tak per)
  • *10-15 biji cili padi
  • *0.5cm kunyit hidup
  • Sebatang serai dititik
  • Sehelai daun kunyit dihiris
  • Sedikit minyak utk menumis
  • Sedikit garam
  • Tempoyak secukupnya (suka ati nak boh baper byk)

Cara-cara

  1. Tumbuk lumat kunyit hidup, di ikuti dgn cili padi, cili tu tak berapa lumat pun tak per
  2. Panaskan sedikit minyak dlm kuali, kemudian tumiskan bhn2 tumbuk, masakkan sedikit cili, org2 tua kata matikan cili.
  3. Kemudian masukkan tempoyak, daun kunyit hiris dan serai. Kacau. Taburkan garam, kena igt sket kwn2, kekadang ikan bilis dah masin, so agak2 ler ek.
  4. Selepas 3 minit, agak2 bau semua dah naik, barulah masukkan ikan bilis. Gaulkan, tutup api. Boleh ler di hidang.
  5. Kalo tempoyak tu agak2 tak masam, masa menumis tadi boleh ler ditambahkan asam keping, barang sekeping dua ya.

No comments:

Post a Comment