Saturday, 23 July 2011

KUEY TEOW UDANG PENANG STYLE

Bahan-Bahan

  1. Kuey Teow untuk 2 orang makan celur. Boleh jugak gunakan mee kuning or mee hoon.
  2. Udang fresh belasah jeur berapa besar or berapa banyak nak taruk. lagi banyak lagi meriah.
  3. 4 sudu besar cili boh cili blend pun boleh
  4. 1 biji bawang besar (merah) blend.
  5. 4 biji bawang putih blend 
  6. 1/2 inci halia blend 
  7. 1 sudu teh belacan blend.
  8. 1 sudu besar petis.. (kat england nie mana lah nak cari petiskan so iols guna shrimp fat in oil dalam 2 sudu besar.. walaupun dah expired iols belasah jeur. )
  9. 3 sudu besar sos tomato 
  10. 1 sudu besar cili sos.
  11. Taugeh ikut suka banyak mana celur
  12. Daun bawang hiris
  13. Bawang goreng
  14. 2 biji cili merah potong
  15. 2 biji telur rebus.
  16. 1 sudu besar udang kering blend
Cara-Cara.
  1. Udang tak yah basuh atau siang teruskan masuk dalam periuk dan rebus sampai masak. Simpan air rebusan udang untuk buat sup nanti.
  2. Blend segala bawang, halia, belacan dan udang kering.
  3. Tumis cili boh sampai garing. Lepas tu masukkan bahan bahan blend dan goreng lagi sampai naik bau dan garing.
  4. Bila dah garing masukkan air rebusan udang.
  5. Bila dah mengelegak masukkan petis udang or shrimp fat in oil, tomato sos and cili sos.. reneh dgn api perlahan.. lagi lama reneh lagi sedap rasanya.
  6. Perasakan dgn garam gula dan pak aji kalau suka. and lepas tu bolehlah masukna udang yang kita rebus tadi ya
  7. Celur kuey teow & taugeh. masukkan dalam mangkuk.. tuang kan kuah dan bolehlah di hiaskan dgn telur, daun bawang, bawang goreng and cili merah.. selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment