Tuesday, 28 June 2011

TOMYAM CAMPUR

Resepi Tomyam Campur
100g isi ayam  ( di potong kecil )
1 biji tomato & 1 paket putik jagung
100g daging (di potong kecil)
10 ekor udang ( buang kulit dan kepala)
3 ekor sotong  ( potong bulat )
1 1/2 – 2 liter air stok ayam atau daging ( satu periuk sederhana )
3 batang serai
1 inci lengkuas ( dihiris)
1 paket cendawan tiram  (250 g)
10 biji cili padi ( di tumbuk )
2 labu bawang besar ( potong baji atau potong bulat )
2 sudu makan pes tomyam
1 kiub ayam/daging ( jika suka)
2 camca teh sos ikan ( sos nampla)
1 camca teh gula ( jika suka)
daun ketumbar secukupnya
3-4 helai daun limau purut
3-4  sudu besar air limau nipis ( ikut banyak mana kuah  uols)
Cara Penyediaan
1. Didihkan air stock ayam/daging dalam periuk.
2. Masukkan isi ayam dan daging . Masak sehingga daging dan ayam empuk.
3. Masukkan pes tomyam, udang, serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi, cendawan dan bawang merah.
4. Biar mendidih masukkan stok ikan, gula, garam, jus limau, tomato dan daun ketumbar. siap angkat dan hidangkan

AYAM GORENG KUNYIT

Bahan-Bahan

  1. 2 keping dada ayam potong kecik kecik
  2. 1 sudu teh serbuk kunyit & garam
  3. 1/2 biji bawang merah (besar) ricik halus
  4. 3 biji bawang putih ricik halus
  5. 1 biji bawang besar holland potong bulat
  6. 6 biji cili padi potong dua 
  7. 4 batang kacang panjang
  8. minyak masak 
Cara - Cara
Lumurkan ayam dengan kunyit & garam perap selama 20 minit.
Panaskan kuali. goreng ayam tanpa minyak sampai warna ayam tu keemassan.
Masukkan minyak goreng ayam sampai masak lepas tu masukkan bawang merah and putih tumis sampai bawang merah layu .
masukkan kacang panjang & bawang holland goreng sampai layu.. dan bolehlah diangkat. 

Monday, 27 June 2011

SOUP AYAM CENDAWAN

Wassup wassup uols... selamat hari isnin.. iols nak masuk entri sup yang iols masak semalam. tajuk dia sup ayam cendawan cik fatine pasal sup nie iols cipta sendiri.. 


Bahan - Bahan

  1. 6 ketul ayam 
  2. 1 biji bawang besar yang color merah ya 
  3. 3 biji bawang putih
  4. 1 inci halia
  5. 2 packet cendawan campur
  6. 3 biji ubi kentang
  7. 3 biji carrot
  8. bawang goreng & corriander leaves 
  9. 2 sudu besar chinese 5 spices.
Cara-Cara.
Rebus ayam sampai masak.. simpan rebusan air ayam tu.. tumbuk segala bawang dan halia. Panaskan minyak dalam periuk tumis bahan tumbuk sampai wangi..masukkan 5 chinese spices masukkan ayam gaul sampai sebati masukkan cendawan, kentang, carrot and gaul sekejap lepas tu masukkan air rebusan ayam and kiub ayam. reneh sup tu sampai semua ayam and sayur masak. perasakan dgn garam or perasa mengikut citarasa masing masing. Bila dah masak tu massukkan bawang goreng and corriander leaves tutup periuk dalam 15 minit. so aroma corriander leaves dgn bawang tu meresap dgn sup.. siap dan boleh lah dihidangkan.. sedap makan begitu sahaja or dgn garlic bread or nasi panas.. lagi vass kalau lawankan dengan sambal kicap.. selamat mencuba.

Sunday, 26 June 2011

MY FAV


CHAR KUEY TEOW

Good morning uols.. and happy sunday..we have heat waves in britain and its warm and nice today..panas ala ala malaysia giteww sukee.. hmmm this morning iols made char kuey teow.. for breakfast nothing great but just gatal tangan nak masukan entry...selalunya orang buat paste char kway teow nie dulu.. tapi iols guna shortcut way just campak semua dalam kuali sekali harung.. anyway uols  selamat mencuba..


Ingredients.

  1. 1 bungkus kway teow kering ( iols rebus dgn air panas and minyak sikit bila dah lembut iols bilas dgn air sejuk hasilnya macam gambar diatas) 
  2. 2 bungkus seafood coacktail ( udang, mussel,sotong and crab cake)
  3. 1 biji bawang besar (tumbuk)
  4. 3 biji bawang putih (tumbuk)
  5. 1 bungkus fishball
  6. tauhu goreng hiris nipis ( kuantiti ikut citarasa masing2)
  7. taugeh 
  8. kuchai
  9. 3 biji cili merah 
  10. belacan sikit agak agak ye
  11. 1/2 sudu tea shrimp fat in oil ( rasa dia ala ala petis)
  12. 2 sudu besar cili kisar ( iols guna sambal oelek)
  13. 1 sudu besar kicap masin (cap kipas udang)
  14. 2 sudu besar kicap manis (cap kipas udang)
  15. 2 sudu besar oyster sauce 
  16. 1 sudu kecik minyak bijan.
  17. 2 biji telur
Cara Memasak.
Kupas semua bawang tumbuk dgn belacan sikit sampai lumat. Basuh seafood cocktail, fishball potong dua. Potong nipis tauhu goreng and potong kuchai ikut citarasa masaing masing lah ya.

Panaskan minyak dalam kuali, makesure kuali betul betul panas baru feel ala ala warung. Tumis bahan tumbuk, petis dgn cili kisar tumis sampai cili masak. masukkkan fishball , seafood cocktail tumis sampai masak lepastu masukkan telur  kacau semua bahan bagi sekata. 

Masukkan kicap masin, manis and sos tiram kacau sampai sekata lepastu masukkan kuchai & taugeh dan kacau lagi .

Bila taugeh dah layu sikit masukkan, tauhu goreng, kuey teow kacau bagi semua bahan bahan mesra perasakan dengan garam.. boleh juga tambah kan kicap ikut selera masing masing lah ye.. bila semua rasa dah perfect kacau lagi bagi bahan bahan betul betul mesra and lastly letak minyak bijan kacau sekejap.. siap. 

Boleh lah dihidangkan dalam pinggan taburkan cili merah potong dgn bawang goreng. 




Saturday, 25 June 2011

ENGLISH ROASTED CHICKEN & GRAVY

Hi uols happy saturday lunch hari nie iols masak english roasted chicken.. mengkut tekak laki kekdahnya yelah hari hari makan nasi jemu gak kan.. Resepi nie iols ciplak dari Jamie Oliver.. iols kalau masak makanan omputeh  nie memang failed. Amin walaupun terkial kial memasaknye jadi uols..and laki cakap perfect.. he he he kembang mak sekejap al maklum baru belajar masak kenn.. dulu masa duduk dgn mak kat KL masak nasi pun tak pass.. sekarang alhamdullilah lah dah pandai sikit sikit.. oklah uols nie resepi nya ye..  


Bahan-Bahan.
1 ekor ayam
2 biji bawang besar yang sedang2 ya 
1 bulb garlic 
2 stick celery
4 biji kentang
2 batang carrot

olive iol secukupnya 
garam 
ground pepper
1 biji lemon
small bunch of fresh mixed herbs ya uols.. rosemary,thyme,sage and bay. 



Cara- Cara.

  1. Keluarkan ayam dari fridge 30 minit sebelum masuk oven.
  2. Pre heat kat oven 240c
  3. Sayur sayuran tak yah kupas just basuh and roughly chop
  4. Garlic bulp break kan into clove and kulit dia tak yah kopek ya 
  5. Lumurkan semua vege dgn olive oil pass tu massukkan kat dalam roasting pan 
  6. Ayam lumurkan dgn olive oil sesson kan dgn garam and pepper.. 
  7. gunakan tip of pisau cucuk lemon all over..masukkan lemon yang dah dicucuk and herbs dalam perut ayam. 
  8. letak ayam kat atas vege yang dah diletakkan kat dalam roasting pan tadi and masukkan dalam oven. reducekan heat oven ke 200c and bakar ayam tu dalam 1 jam 20 minit. 
  9. Halfway through cooking ayam tu . turnover ayam .. and kalau sayur nampak kering add splash of water kat roasted pan  untuk mengelakan sayur tadi terbakar.
Bila dah masak keluarkan ayam dari oven transfer kan ayam dari roasting pan ke board or pinggan besar and then cover dgn tin foil dgn tea towel. and bolehlah sediakn gravy ayam pulak.



  1. Panaskan 2 sudu makan minyak and 2 sudu makan butter masukkan 2 biji bawang besar yang dipotong kasar. tumis dalam 10 minit or bawang tu lembut. 
  2. masukan 1 sudu makan balsamic vinegar dgn 1 sudu makan gula tutup pan masak dalam 5 minit.
  3. masukkan 750ml beef stock, boil gently and uncover pan untuk 5 minit. 
  4. dalam heatproof jug masukkan tepung dalam 2 sudu makan  campurkan dgn air sejuk kacau sampai dia jadi thin paste. tuang sikit gravy tadi dalam jug tadi dan mix kan.. lepas tu tuang kan mixture tadi dalam pan gravy tadi. boilkan balik dalam 10 minit or sampai gravy pekat. 
Potonglah ayam tadi and serve dgn kacang pea carrot or kentang, yokshire pudding & kentang lenyek. sorry uols yokshire pudding dgn mashed potatoe iols beli yang dah ready made.. selamat  mencuba. 


Friday, 24 June 2011

KARI IKAN ALA INDIA

Hai cak ??? ha nie kari ikan ala India iols.. bukan resepi iols sendiri resepi nie iols ciplak dari mat gebu.. sedap sungguh kari nie memang terror mat gebu nie kudos to him .. pada pengemar kari harus try resepi nie sedap sangat uols mak tak tipu.. ok nie resepi dia 



Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )

  • 1 Iols pakai mackerel ( resepi asal guna sekor ikan merah)
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 3 biji cili merah*(*dikisar halus)
  • 3 camca besar rempah kari ikan (Babas or alagapas very the vass but unfortunately kat England nie tak de so iols guna rempah kari madras )
  • BAHAN2 TUMIS:-
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus (kalau besar guna 1 ulas saja)
  • 4 biji bawang merah kecil, dihiris halus
  • 1 camca teh halba campur (terdiri dari halba, jintan putih/kasar dan biji sawi)
  • 2 tangkai daun kari
  • BAHAN2 LAIN:-
  • 2 keping asam gelugor
  • 5 kacang bendi 
  • 3 biji tomato, dibelah dua
  • 1/2 cawan pati santan (guna santan kotak)
  • Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
  • 2 biji cili merah/hijau, dibelah dua, jgn putus

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan, perap dgn asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan2 yg telah dikisar tadi. Gaul rata.
  2. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga wangi. Masukkan rempah yg telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api perlahan.
  3. Masukkan air (kurang lebih 700ml, atau ikut suka), dan kacau. Biar hingga mendidih. Masukkan ikan, asam gelugor dan perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
  4. Bila mendidih, masukkan pati santan, ocra, tomato dan belahan cili hijau dan merah. Biar mendidih seminit dua. Matikan api dan boleh dihidangkan panas2.